Fatini Shukri
Home About Follow

"Reality continues to ruin my life."
— Bill Watterson

blank


What to say~~


instagram


tweets




Enerz Trampoline & Extreme Park
Saturday, October 15, 2016 • October 15, 2016 • 0 comments




Assalamualaikum!!

Haa ni nak cite ni... tanggal 11 Oktober 2016, aku dan kawan-kawan aku telah ke Enerz trampoline and extreme park... Haa cool tak? cool aan.. huhu ok.

Intro dulu ok?

Ok, aku pergi 6 orang termasuk aku. Iaitu, aku, Jihah, Yana, El, Hanis and Anis. Masa kitorang plan minggu ssebelum tu, sakit jugak otak fikir macam mana nak pergi. Gaduh pun banyaklah jugak.. hahaha. So, kitorang pergi naik ayah Yana sebab ayah dia ada kerja dekat-dekat situ jugak, so alang-alang sekali je lah terus aan. Dah pergi tu ok. Pastu fikir plak macam mana nak balik. Sebab, kitorang kalau boleh nak experience naik public transport sendiri. Masa nak balik tu, kitorang plan, dari enerz jalan kaki sampai station LRT Taipan, sebab dekat situ je yang paling dekat. Pastu, pergi ke Putra Height tukar train sampai Puchong Prima pastu ayah Anis ambik, pastu sampai lah rumah... Tapi, masa balik tu, end up ayah Yana hantar kat station Putra Height sebab rumah ayah dia kat Putra Height, so, dia hantar je terus.

So, enerz ni masuk RM39 per person untuk 3 jam. And stokin RM5 sepasang untuk sorang. Pastu, masa dekat counter tu dia ada cakap pasal tambah RM10 untuk apa tah tak tahu lah.. aku tak faham dia cakap apa, sebab orang tu tua aan.. so, dia cakap tak clear. So, total kitorang semua punya ticket RM269 termasuk stokin untuk 6 orang. fuhh koyak dengar sampai 200 lebih.

Pastu, enerz ni dia bukak pukul 2p.m. tapi kitorang sampai dalam pukul 3p.m. so, dia bagi masuk dalam sesi pukul 3 terus and habis pukul 6p.m. Yelah, sebab 3 jam aan. Masa first masuk tu, dah jakun gila dah.. Tempat dia so nice.. cantik.. bersih.. macam dalam playground budak budak pun ada sebab dia warna warni aan... Surau dia ok, cantik, bersih... tapi toilet aku tak tahu lah.. aku tak masuk toilet pun. hihihi. pastu dekat luar surau ada water dispenser yang boleh terus minum tu... pergh, kalau dah buat activity something penat... situ jelah tempat nak melegakan tekak dengan air sejuknyaa.. waaa.. rinduuu

Activity-activity yang ada kat situ semua best best... memang best lah semua.. hahaha.. rindu lah nak pergi lagi. ok layan gambaq lu naa

Ni kitorang masa mula-mula sampai. Dari kiri El, Jihah, Hanis, Yana , Aku and Anis

Ni nama dia aku tak tahu.. aku panggil gantung gantung sebab dia punya perjalan semua macam kayu tergantung, tayar tergantung etc

Ni view dari atas masa kitorang tengah bergantung-gantung tu.. hihi
p/s: pit foam semua ada ye kat belakang sana, tak nampak pulak



Tengah main lompat lompat

hahahaha.. 

haa.. ni masa aku tenngah ber-wall climbing.. tak sampai atas pun sebab tak larat.. huhuhu



Ni kitorang masa tengah bergantung gantung.. gambar kat atas ni tak banyak jugak, sebab tengah busy



Gelak je mampu tengok tak senonoh perangai kitorang 😂😂😂

Ni gambar kitorang sebelum berangkat pulang ke rumah 💕.. dah tu je lah 

Sebenarnya, ada banyak gambar lagi.. tapi tak boleh tunjuk atas sebab sebab tertentu.. and banyak video jugak.. video lagi lah tak boleh tunjuk.. huhu.. tapi, ada satu video kitorang terbang.. boleh lah menuju ke instagram aku ye :D

So, korang yang membaca ni, pergi lah ke Enerz.. best gila.. aku recommend sangat.. bawaklah anak-anak, kakak-kakak, adik-adik, abang-abang etc. Tapi for sure lah, budak budak mesti suka punya.. lagi satu, enerz ni dia bukan sematamata trampoline park untuk lompat lompat je.. tak. Dia ada extreme activity.. selebihnya korang boleh lah search internet ok? Aku bagi 9/10 untuk enerz.. 1 mana? 1 untuk aku masuk syurga nanti.. eh? macam confirm je masuk syurga.. hahaha

XOXO,
F


0 Comments:

Post a Comment


Prev | Next



© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.